MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 11 negeri, Wilayah Persekutuan

May 4, 2023 · Isu semasa

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 5 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 1.35 tengah hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah meliputi Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, menurut laporan Bernama.

Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Pinang; Perak meliputi Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Setiu dan Hulu Terengganu).

Turut terlibat ialah Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin; Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok