Asia perlu terajui pembukaan paten, hasilkan ubat penting, murah: PM

May 20, 2021 · Isu semasa

Asia perlu menerajui langkah membuka perlindungan paten bagi menghasilkan versi generik ubat-ubatan penting yang lebih murah untuk menyelamatkan nyawa, khususnya bagi penyakit kritikal dari Covid-19 hingga HIV/Aids, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu katanya, Asia perlu beralih daripada pendekatan nasionalisme semata-mata, kepada perkhidmatan kesihatan untuk pelaburan dalam kesihatan sebagai kebaikan awam global, khususnya bagi mencegah dan melawan pandemik dengan lebih efektif.

“Dengan menguruskan infrastruktur kesihatan sebagai kebaikan awam global, ia bermakna Asia secara keseluruhannya, menguruskan kesihatan dengan cara bagaimana banyak negara secara sendiri menguruskan isu pendidikan, keselamatan dan alam sekeliling mereka.

“Hakikatnya ia sebagai bahagian kritikal persamaan global yang disokong oleh pelaburan kolektif demi kepentingan semua,” katanya mencapaikan ucapan menerusi rakaman video pada persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo, hari ini.

Muhyiddin yang sedar dengan kewujudan rintangan ciptaan manusia, menegaskan bahawa jangkitan Covid-19 harus ditangani secepat mungkin bagi mencegah varian mutasi yang menjadikan vaksin semasa tidak lagi berkesan.

“Contohnya 27 negara kaya mempunyai 35.5 peratus vaksin ini, walaupun ia hanya meliputi 10.5 peratus daripada penduduk dunia. Negara-negara ini mempunyai dos vaksin yang cukup untuk mengimunkan penduduk melebihi jumlah penduduknya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, 20 peratus atau 252 juta daripada 1.23 bilion dos yang diberikan kepada orang ramai di 174 negara setakat ini, adalah di Amerika Syarikat sahaja.

Dari segi pengeluaran pula, beliau berkata China dan India mengeskport masing-masing kira-kira 200 juta dan 66 juta dos vaksin, sekitar 48 peratus dan 34 peratus daripada jumlah pengeluaran masing-masing.

“Sebagai perbandingan Amerika Syarikat dan United Kingdom hanya mengeksport tiga juta dan sejuta dos vaksin mereka masing-masing, atau hanya sekadar 1.1 peratus dan empat peratus jumlah pengeluaran keseluruhan masing-masing” katanya.

Beliau yang menyambut baik kenyataan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang menyatakan hasrat menyokong usaha mengetepikan sementara perlindungan harta intelek (IP) bagi vaksin Covid-19 berkata, langkah itu seharusnya membuka laluan ke arah transformasi penuh sistem paten farmaseutikal.

“Menghentikan ia buat sementara tidak memadai. Kewajipan kita adalah untuk mengetepikan ia secara keseluruhan,” katanya

Muhyiddin berkata berdasarkan kepada Artikel 25(1) Universal Declaration of Human Rights, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sudah tiba masanya bagi inovasi-inovasi ini termasuk ubat-ubatan, vaksin dan peralatan perubatan dibawa keluar dari ruang lingkup hak paten individu, dan sebagai gantinya hak milik harta global seharusnya diwujudkan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok