PAS anjur solat hajat untuk lawan kezaliman terhadap pemimpin pembangkang

March 9, 2023 · Politik

Satu majlis solat hajat anjuran parti PAS akan diadakan pada Khamis malam sebagai memohon pertolongan daripada tindakan zalim yang diambil terhadap pemimpin pembangkang.

Solat hajat tersebut akan diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak selepas spekulasi kuat mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditahan untuk didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Dalam satu notis segera, PAS juga menggesa ahli-ahlinya termasuk penyokong Perikatan Nasional (PN) seluruh negara mengadakan solat hajat di tempat masing-masing bagi menentang kezaliman terhadap pemimpin pembangkang yang sedang diambil oleh pihak berkuasa yang dikuasai kerajaan ketika ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mengesahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali kedua esok ke pejabatnya di Putrajaya.

“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Pemimpin Bersatu menjadi sasaran pendakwaan bermotif politik oleh SPRM dan akaun parti juga sudah dibekukan sehingga hari ini.

Pada 20 Februari, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor serta seorang lagi pemimpin parti ditahan dan didakwa SPRM.

Sebarang langkah untuk mendakwa pemimpin utama Bersatu dijangka akan memanaskan lagi suhu politik negara.

Pemimpin PN sebelum ini memberi amaran pentadbiran Datuk seri Anwar Ibrahim akan melakukan penahanan secara besar-besaran bagi memburuk-burukkan pemimpinnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di mana lima daripadanya mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) hilang undi Melayu kepada PN.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Armada Bersatu Harris Idaham Abdul Rashid berkata penyokong parti akan berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada presiden mereka, esok.

“Kami baru saja dapat maklumat bahawa presiden kami akan dipanggil ke pejabat SPRM esok untuk soal siasat.

“Kami jangka akan ada pendakwaan pada esok petang atau keesokannya (Jumaat). Jadi kami sedang bersiap sedia untuk tunjukkan solidariti kami,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok