Harga barang sekolah anak naik mendadak, laporan

March 6, 2023 · Isu semasa

Majoriti ibu bapa akui harga kelengkapan sekolah naik secara mendadak di kebanyakan pusat beli-belah di Kuantan.

Memetik laporan Sinar Harian, rata-rata ibu bapa yang ditemui mendakwa terpaksa membelanjakan antara RM200 hingga RM300 bagi membeli kelengkapan sekolah untuk seorang anak.

Penjawat awam, Rabihah Hazmah, 44 yang memiliki empat orang anak berkata dia membelanjakan hampir RM300 bagi membeli pakaian seragam sahaja untuk setiap seorang anaknya.

“Saya anggarkan RM300 bagi seorang anak dan itu hanyalah untuk kelengkapan pakaian sahaja tidak termasuk alat tulis, buku dan sebagainya.

“Tapi untuk sesi kali ini, perbelanjaan berkurangan sedikit disebabkan saya sudah beli secara berperingkat-peringkat kelengkapan sekolah mereka.

“Kalau beli sekali gus terasa membebankan tambahan pula harga barangan seperti baju, kasut dan beg sekolah berlaku peningkatan antara RM2 hingga RM3 berbanding tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penjawat awam, Zakaria Man, 42 berkata perbelanjaan persekolahan pada kali ini meningkat kerana perlu membeli pakaian baharu untuk dua anaknya.

Katanya tahun lalu dia membelanjana hampir RM200 untuk seorang anak namun tahun ini naik hampir sekali ganda.

“Anak sulung saya darjah empat dan bongsu pula darjah satu. Sesi sekolah ini, saya kena beli pakaian baharu untuk anak sulung kerana pakaian lama sudah lusuh, manakala adiknya semua beli baharu sebab sudah masuk sekolah rendah.

“Jadi hari ini (Ahad) saya hanya beli separuh sahaja daripada barangan mereka iaitu baju sekolah, baju Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), tudung dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, kerani sebuah syarikat swasta, Maisarah Khazali, 35 mengharapkan pihak berkuasa memantau harga jualan barang keperluan sekolah secara berterusan kerana katanya harga hari ini jauh bebeza dengan tahun lalu.

“Kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana setiap tahun harga barang kelengkapan sekolah naik dan situasi ini membebankan ibu bapa khususnya golongan B40.

“Walaupun ada BAP RM150 yang disalurkan, ia sebenarnya tidak mencukupi kerana harga sepasang pakaian seragam jenama biasa boleh mencecah sehingga RM50 hingga RM60 sepasang,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Rombak segera Kabinet kerajaan campuran yang tak berfungsi: Afnan
October 5, 2023· Politik
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok