Menteri pertahan keputusan bawa masuk pakar perumahan dari Singapura

February 23, 2023 · Isu semasa

Walaupun menerima kritikan banyak pihak, Nga Kor Ming mempertahan keputusan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HBD).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu menjawab isu yang dipertikai banyak pihak berhubung tujuan untuk membawa masuk pakar dari Singapura tersebut dengan alasan tidak ada salahnya negara belajar daripada negara lain demi kepentingan rakyat.

“Kita yang penting, perlu bersangka baik, bukan bersangka buruk. Niatnya adalah suci. Biar kita miskin harta, jangan miskin minda.

“Jika kita boleh belajar daripada sebuah negara yang menjajah kita, apa salahnya kita belajar daripada negara jiran ASEAN yang berjaya, termasuk Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Bagi kita, apa yang penting adalah yang terbaik untuk rakyat. Rukunnya, kita ambil sikap belajar sepanjang hayat,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai sama ada terdapat kerajaan negeri yang menggunakan pakar perumahan HDB dan kejayaan yang dicapai, selain kesan kepada pemilikan tanah Bumiputra, khususnya Melayu serta kemampuan mereka membeli rumah yang dibina.

Kor Ming berkata, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa berusaha dan meneroka inisiatif untuk menambah baik sektor perumahan negara, termasuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman dan pengetahuan dengan pelbagai agensi dalam serta luar negara, termasuk HDB.

Katanya, HDB menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan berkaitan sektor perumahan di peringkat antarabangsa dan sehingga kini, berjaya membina lebih sejuta unit perumahan sosial mampu milik.

Antara cadangan topik bagi sesi perkongsian yang akan diadakan bersama HDB merangkumi evolusi perumahan sosial membabitkan dasar dan hala tuju dan pengurusan serta mekanisme program perumahan sosial.

“KPKT juga bercadang menimba ilmu daripada Turkiye mengenai pembangunan tanah wakaf sebagai salah satu usaha pembangunan negara tanpa mengira kaum.

“Justeru, saya nak menasihatkan pembangkang, orang kata, tak tumbuh tak melata ,tak sungguh orang tak kata. Kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam usaha membina semula negara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Tak perlu ambil tindakan terhadap guru dalam program Palestin tular: PAS
November 1, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok