Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL

February 4, 2023 · Isu semasa

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mendapati dakwaan aktiviti pembukaan tanah dalam kawasan Taman Negeri Selangor, sebenarnya merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu.

Terdahulu, sebuah pertubuhan alam sekitar mendedahkan mengesan berlakunya aktiviti pembukaan dan pembersihan tanah yang melibatkan empat kawasan dalam Taman Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata JPNS telah mengeluarkan kebenaran melalui Permit
Penggunaan untuk pelaksanaan projek berkenaan di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022.

Beliau menjelaskan pelaksanaan ECRL umumnya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Sept 2021 dan dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) Ke-19 pada 21 Okt 2021.

Selain itu katanya, kerajaan Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Nov 2021 juga bersetuju dengan Cadangan Pindaan Asal Jajaran Seksyen C meliputi kawasan dari Bentong-Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang.

Katanya pelaksanaan ERCL di negeri tersebut disyaratkan untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan.

“Sebagai rekod, kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Seksyen C2 (Gombak- Serendah-Pelabuhan Klang) diperoleh oleh pihak Malaysia Rail Link (MRL) pada 30 Nov 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan berkenaan dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengenal pasti berlakunya aktiviti pembukaan dan pembersihan tanah yang melibatkan empat kawasan dalam Taman Negeri Selangor.

Hee berkata kerajaan Selangor berpendirian bahawa projek ECRL tersebut wajar untuk dilaksanakan memandangkan ia akan menyumbang kepada kepentingan kesejahteraan masyarakat selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Sehingga kini, pelaksanaan projek ECRL di kawasan Taman Negeri Selangor sentiasa dikawal supaya mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Berita berkaitan
ECRL: Penduduk Tmn Sg Sireh resah, penjelasan MB tidak tuntas
July 28, 2023· Isu semasa
NGO Pulau Pinang tolak cadangan PMX supaya projek tambak dikecilkan
May 7, 2023· Isu semasa
Projek ECRL di Taman Negeri Selangor ikut garis panduan, kata MRL
February 6, 2023· Isu semasa
Kos ECRL naik kejayaan ‘Kabinet hoi ya hoi’, sindir bekas pemimpin UMNO
December 22, 2022· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok