Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM

February 1, 2023 · Isu semasa

Polis mengesahkan sedang menyiasat dua akhbar arus perdana kerana menyiarkan laporan berita yang menyindir bahawa pelajar sekolah vernakular Cina di negara ini enggan mempelajari Bahasa Melayu (BM).

Akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH), kedua-duanya diterbitkan oleh New Straits Times Press Berhad (NSTP), mencetuskan kekecohan apabila kumpulan pendidikan Cina Malaysia menuduh dua akhbar itu menghasut dalam artikel mereka pada 18 Januari masing-masing bertajuk “Murid SJKC tidak berminat untuk belajar BM” dan “Murid SJKC tak minat subjek Bahasa Melayu?”

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan laporan polis berhubung perkara itu telah difailkan pada 21 Januari lalu.

“Kami menyiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya menurut laporan MalayMail.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menyatakan penyiaran kenyataan dengan niat untuk menyebabkan, atau yang berkemungkinan menyebabkan, ketakutan atau kecemasan kepada orang ramai di mana seseorang boleh didorong untuk melakukan jenayah terhadap negara atau keamanan awam .

Jika didapati bersalah, hukuman termasuk penjara sehingga dua tahun, denda yang tidak dinyatakan, atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan.

Seksyen 233 AKM 1998 pula menjenayahkan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian oleh seseorang untuk menghantar komunikasi yang dianggap menyinggung perasaan.

Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan ini boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Presiden Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) Datuk Eddie Heng Hong Chai mengadakan sidang akhbar di ibu negara semalam menuduh wartawan NST mengelirukan orang ramai dalam artikel yang diterbitkan mengenai BM di sekolah vernakular seluruh negara.

Beliau mendakwa wartawan itu hanya menemu bual dua guru yang hanya berkongsi kesukaran yang dihadapi pelajar sekolah vernakular mereka dalam mempelajari bahasa kebangsaan, lapor portal berita Malaysiakini.

Heng menjelaskan bahawa markah BM pelajar sekolah vernakular meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan purata markah melebihi 90 peratus.

Beliau menambah bahawa MCLC telah menulis surat kepada media tetapi masih belum menerima jawapan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok