Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api

January 3, 2023 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang melihat kemungkinan pembakaran disengajakan atau bara api sebagai punca kebakaran kedua di Wisma Jakel, Shah Alam, awal pagi tadi (Selasa, 3 Januari 2023).

Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata siasatan terperinci mengenai kebakaran yang memusnahkan 16 premis di situ akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari.

“Pada masa sama, kita juga akan mendapat hasil analisis makmal daripada sampel yang diambil semasa kita melakukan pemeriksaan ke atas bangunan tersebut.

“Kami masih belum dapat menentukan punca kebakaran setakat ini,” katanya di tempat kejadian menurut laporan TheStar.

Beliau berkata siasatan akan memfokuskan sama ada kebakaran kedua disengajakan, atau berpunca daripada bara api yang belum terpadam sepenuhnya.

“Siasatan termasuk (bercakap dengan) saksi. Kami juga mengerahkan unit K9 untuk membantu.

“Dua ekor anjing sedang digunakan untuk mengesan sebarang sisa petrol, minyak atau arang batu,” katanya sambil menambah bahawa pusat kawalan hadapan yang dikendalikan oleh sepasukan 10 telah disediakan untuk memantau kawasan itu sekiranya berlaku risiko kebakaran tambahan.

Tegasnya, orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu.

“Hanya anggota bomba akan menjalankan pengalihan barangan termasuk fabrik dari premis berkenaan.

“Api telah dipadamkan tetapi langkah pemantauan menyeluruh diteruskan,” katanya.

Pada Ahad (1 Januari 2023), kebakaran memusnahkan cawangan peruncit pakaian dan tekstil popular itu, menyebabkan anggaran kerugian hampir RM100 juta.

Kebakaran kedua dilaporkan bermula awal pagi tadi.

Panggilan kecemasan dibuat kira-kira jam 12.45 pagi dan kebakaran di bilik stor tirai di tingkat tiga berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi.

Ia dipadamkan pada 3.07 pagi.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?
April 20, 2021
Apandi rayu kes mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok