Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi

November 25, 2022 · Isu semasa

“HIDUP ini mudah, sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik”.

Itu pesan bekas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kepada warga pendidikan selepas Perikatan Nasional gagal membentuk kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Radzi yang merujuk diri beliau sebagai pak cik memulakan catatan itu dengan memaklumkan kepada warga pendidikan bahawa mereka tidak mungkin berjumpa sekerap dahulu.

Radzi yang menang di Parlimen Putrajaya mengalahkan Bendahari UMNO Tengku Adnan percaya telah melakukan yang terbaik sepanjang dua tahun setengah di Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kepada anak-anak pak cik di IPG, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan semua sekolah di seluruh Malaysia, kita mungkin tak jumpa lagi sekerap dahulu.

“Percayalah, pak cik telah buat yang terbaik sepanjang dua tahun setengah di Kementerian Pendidikan. Pak cik curahkan segala keringat dengan penuh kejujuran dan keikhlasan bagi membina masa depan yang lebih gemilang untuk kalian,” katanya menerusi hantaran itu, hari ini.

Naib Presiden Bersatu itu juga meminta warga pendidikan mengingati pesan beliau agar sentiasa berbuat baik dan buat lah yang terbaik.

Menambah pesanan itu Radzi berkata, perkara paling penting ialah tiada apa yang dapat mengalahkan kerja keras.

“Selalulah ingat pesan pak cik, “hidup ini mudah, sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik.

“Paling penting, Nothing Beats Hard Work! Pak cik sayang korang semua!,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok