Polis tambah SJR, permohonan rentas negeri dan daerah pula meningkat

May 9, 2021 · Isu semasa

Sekatan jalan raya akan ditambah menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, bagaimanapun permohonan untuk merentas negeri dan daerah pula semakin bertambah selepas terdapat orang ramai yang masih cuba untuk pulang ke kampung berhari raya.

Penguatkuasaan dan kawalan di sempadan negeri dan daerah serta kawasan-kawasan tumpuan diperketatkan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Di Kuala Lumpur, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jumaat lepas, polis Kuala Lumpur menubuhkan 91 Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP terdiri daripada lima pegawai dan 1,200 anggota yang akan digerakkan ke kawasan tumpuan ramai untuk melakukan pemantauan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim yang ditemui selepas meninjau sendiri pematuhan SOP PKP di Bazar Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini berkata pasukan itu juga akan memberi peringatan berterusan kepada orang ramai dari semasa ke semasa supaya sentiasa mematuhi SOP.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu 61 pasukan penguat kuasa daripada agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kompaun akan dikeluarkan kepada individu yang masih bersikap sambil lewa dan ingkar arahan yang ditetapkan, katanya.

Di Selatan tanahair, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu masih ramai yang mencuba nasib membuat permohonan untuk merentas negeri dan daerah bagi tujuan pulang berhari raya menziarah keluarga.

Sanyak 465 permohonan ditolak berikutan alasan yang tidak munasabah, katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya di Seelong di sini.

“(Lepas ini) dah tiada nasihat-nasihat. Banyak kali nasihat dan amaran (telah diberikan sebelum ini). Kalau kita tangkap (lepas ni), kita akan terus kompaun dan jangan cakap polis tidak bertimbang rasa.

“Amaran sudah diberi jadi perlu bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu seramai 1,212 pegawai dan anggota bertugas pada Aidilfitri ini dengan 840 orang di sekatan jalan raya (SJR).

Di Pulau Pinang pula, polis menambah sekatan jalan raya daripada 15 kepada 41 berikutan pelaksanaan PKP di tiga daerah dan tiga mukim di negeri itu bermula esok hingga 23 Mei bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri atau daerah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata selain itu polis juga akan melakukan sekatan jalan raya bergerak di 10 laluan tikus yang dikenal pasti.

“Seramai 3,500 daripada 6,022 pegawai dan anggota polis di negeri ini terlibat dalam penugasan berkaitan COVID-19 termasuk SJR serta Ops COVID manakala selebihnya menjalankan tugasan hakiki sedia ada,” katanya ketika dihubungi.

Tiga daerah yang dikenakan PKP di negeri itu ialah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan serta Bandar Butterworth dan Mukim 14 di Seberang Perai Utara (SPU) serta Mukim 12 di Barat Daya.

Sahabudin berkata pihaknya juga akan lebih teliti dalam meluluskan permohonan rentas negeri atau daerah bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan dengan memberikan maklumat tidak tepat untuk melakukan perjalanan.

“Pelbagai alasan yang diberikan tapi kami mahukan bukti…jika salah guna kebenaran yang diberikan, tiada lagi amaran, kita akan terus kompaun,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok