Adakah Syed Saddiq akan tarik diri selepas keputusan kes mahkamah?

October 28, 2022 · Politik

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi tamparan kepada Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sedang bersiap-sedia untuk masuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berdepan situasi sukar selepas keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya hari ini apabila perlu membela diri dalam empat pertuduhan termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada Syed Saddiq akan mempertahankan kerusinya di Muar pada PRU-15 nanti selepas keputusan tersebut.

“Ia amat bergantung kepada penduduk di Muar (sama ada beliau berjaya mempertahankan kerusi itu jika dipilih bertanding nanti).

“Namun yang lebih penting, saya orang parti dan prinsip menjadi perkara utama dalam politik,” katanya dipetik laporan BH selepas keputusan diumumkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Terdahulu, mahkamah mengarahkan Syed Saddiq membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes Syed Saddiq selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.

Saksi terbabit termasuk ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali, selain tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq; Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, yang pertama didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, hasil aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN: Sedikit lagi belum selesai, kata PKR
May 13, 2023
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok