Jepun mansuh had ketibaan pelawat, sambung perjalanan tanpa visa

September 23, 2022 · Dunia

Jepun akan menghapuskan had ketibaan harian bermula 11 Oktober sepan sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan kawalan sempadan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri Fumio Kishida.

Pada hari sama apabila tamatnya had ketibaan harian, yang kini ditetapkan pada 50,000 orang, Jepun juga akan menyambung semula pelaksanaan perjalanan tanpa visa ke negara ini, Kishida memberitahu sidang akhbar di New York ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Sebelum ini, langkah sekatan oleh Jepun untuk menangani penularan Covid-19 dikritik oleh pemain industri pelancongan, hiburan dan industri lain di dalam dan di luar negara kerana terlalu ketat.

Kishida mendedahkan rancangan itu selepas menghadiri perdebatan umum tahunan UNGA.

Kishida berkata kerajaan akan memudahkan langkah kawalan sempadannya untuk menyediakan prosedur lebih mudah bagi kemasukan pelancong, khususnya dari Negara Kumpulan Tujuh (G7).

Pemansuhan had kemasukan harian bertujuan memulihkan ekonomi, yang ketiga terbesar di dunia, yang berdepan ketiadaan pelancong luar negara susulan kawalan sempadan yang ketat akibat Covid-19.

Pada 2019, sebelum wabak pandemik global, Jepun merekod 31.9 juta pelancong, dengan lebih daripada dua juta pelawat sebulan.

Angka bulanan yang dianggarkan pada Ogos tahun ini ialah 169,800, pelancong menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun.

Awal bulan ini, Jepun meningkatkan had kemasukan hariannya kepada 50,000 orang dari 20,000, selepas sebelum ini menaikkannya daripada 10,000 pada Jun.

Untuk merombak sektor pelancongan domestik, Kishida berkata kerajaan juga akan memulakan semula program subsidi di seluruh negara pada 11 Oktober

Memperluas skop kempen pelancongan domestik yang diperkenalkan oleh setiap wilayah Jepun, skim itu menawarkan bantuan kewangan sehingga 11,000 yen (AS$77) seorang untuk penginapan satu malam.

“Saya berharap seramai mungkin pelancong tempatan menggunakan program itu, yang akan menyokong industri pelancongan dan hiburan,” kata Kishida. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok