Anak bersama bapa ditahan simpan ganja 21.9kg bernilai RM52,500

September 3, 2022 · Isu semasa

Polis menahan tiga lelaki tempatan termasuk dua beranak dan merampas 21 ketulan mampat ganja seberat 21.9 kilogram yang dianggar bernilai kira-kira RM52,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 59 tahun itu ditahan pada 4.30 petang, lapor Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada suspek, berusia 33 tahun, yang bekerja sebagai pemandu van dipercayai dalang dalam aktiviti pengedaran dadah serta berperanan sebagai ‘penjaga stor’.

“Penglibatan dua lagi suspek iaitu ayahnya yang berusia 59 tahun dan sepupunya berusia 22 tahun, yang kedua-duanya merupakan pekerja kilang, masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah di kawasan sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang sejak dua bulan lepas.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 33 tahun itu mempunyai empat kesalahan berkaitan dadah dan enam kesalahan jenayah termasuk dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek berusia 22 tahun mempunyai empat rekod jenayah termasuk dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala suspek berusia 59 tahun pula tiada sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya.

Zaidy berkata ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, suspek pertama dan sepupunya masing-masing positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC)/ganja dan methamphetamine, manakala ayah suspek pertama, didapati negatif.

Tambahnya semua suspek direman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 43,770 penagih,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok