MP PKR terima ugutan bunuh, pejabat cabang di JB kena bakar

August 28, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook pada Khamis dan Jumaat lepas.

Akmal Nasrullah berkata individu yang mengugutnya meninggalkan satu mesej bertulis dan 27 mesej suara yang mengandungi ugutan berkenaan, bahasa kesat serta makian, menurut laporan Bernama.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pada masa sama berkata Pejabat Cabang PKR Johor Bahru di Larkin di sini yang juga merupakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disyaki dibakar kira-kira 6 pagi tadi.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan tinjauan di lokasi, kejadian ini dipercayai perbuatan khianat dan sabotaj dengan terdapat lima tayar dikumpulkan di hadapan pintu pejabat sebelum api dinyalakan.

Saya tidak pasti sama ada ugutan dan kebakaran itu melibatkan individu sama atau sebaliknya, namun untuk mengatakan kedua-duanya hanyalah kebetulan adalah sedikit pelik kerana perbezaan tempoh masa yang dekat,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di pejabat berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat kebakaran itu, beberapa kerosakan berlaku antaranya pintu “roller shutter”, dua unit penyaman udara, dinding pejabat dan beberapa barangan lain.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu berkata laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada pukul 2.15 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung dua kejadian itu.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

Selain itu, Raub berkata laporan polis berhubung kes ugutan baharu diterima dan akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok