Tak semua pemimpin akar umbi akan hadir perjumpaan Zahid panggil pada Sabtu

August 25, 2022 · Politik

UMNO sekali lagi akan mengadakan perjumpaan pada Sabtu ini atas jemputan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perjumpaan ini kali kedua diadakan sepanjang minggu ini selepas semua Ketua-Ketua Bahagian dipanggil sehari sebelum Datuk Seri Najib Razak disabitkan bersalah dan dihukum penjara pada Selasa lalu.

Jemputan ke program pada Sabtu ini dijangka lebih besar kerana ia bukan sahaja menjemput Ketua-Ketua Bahagian tetapi ia dipanjangkan kepada semua pemimpin peringkat akar umbi sehingga Ketua-Ketua Cawangan juga dijemput dengan mesej ia bakal menjadi satu perjumpaan penting bagi menentukan hala tuju parti itu.

Sememangnya himpunan pada Sabtu ini amat penting kepada UMNO khususnya kepada Zahid kerana jika semakin lama pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dilengah-lengahkan, maka semakin hampir nasib sama menimpa Najib juga bakal berlaku kepada dirinya.

Tiada jalan pintas lain yang dimiliki untuk Zahid mengelak dirinya daripada dijatuhi hukuman sama seperti rakan karibnya, Najib itu. Hanya PRU-15 segera menjadi satu-satu jalan keluar jika tidak mahu episod Najib masuk penjara berulang kepada dirinya.

Bagaimanapun, terdapat laporan daripada dalam parti mendedahkan tidak semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO akan turun ke perhimpunan yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Sekiranya dewan yang menghimpunkan akar umbi pada Sabtu ini kosong dan lengang tanpa kehadiran ahli parti, ia pasti akan menghampakan Zahid kerana beliau memerlukan mandat yang kuat untuk meneruskan desakan supaya PRU-15 diadakan dengan segera.

Seorang Ketua Bahagian yang enggan namanya didedahkan memberitahu Agenda Daily, perjumpaan pada Sabtu untuk mendesak PRU-15 diadakan segera adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak bermanfaat memandangkan parti itu sedang berdepan dengan skandal besar seperti isu kapal tak siap, Najib dipenjara dan isu harga barang yang masih membelenggu rakyat ketika ini.

Bagi pemimpin bahagian dari utara tanahair itu, UMNO akan membunuh diri sendiri sekiranya PRU diadakan pada masa terdekat dengan mengingatkan insiden sama seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh berulang semula.

“Najib sudah ke dalam (penjara), parti tidak kuat seperti sebelum ini… Najib sebelum ini banyak membantu parti dalam kembali memulihkan kekuatan parti dan belum pasti Zahid dapat melakukan perkara sama seperti Najib buat.

“Jika Zahid menganggap kejayaan sama seperti Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor akan memihak kepada UMNO, ia mungkin satu kesilapan besar… Semasa PRN lalu, Najib yang banyak buat kerja dan memainkan peranannya dalam membantu jentera parti.

“Tanpa Najib di lapangan turun berkempen, ia adalah sesuatu yang berbeza sama sekali… Silap-silap UMNO akan tewas lebih teruk,” kata Ketua Bahagian yang ingin namanya dirahsiakan itu.

Namun, terdapat risiko yang perlu dihadapi Ketua-Ketua Bahagian yang tidak hadir pada Sabtu ini seperti pernah didedahkan oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman iaitu berkemungkinan mereka tidak menerima watikah untuk menjadi calon PRU-15.

Tajuddin sebelum ini mendedahkan Ketua-Ketua Bahagian UMNO diugut tidak akan menerima watikah sekiranya tidak menuruti arahan Presiden parti.

Menurut Ketua Bahagian dihubungi dan memberitahu Agenda Daily sememangnya terdapat arahan yang tegas daripada Zahid jika tidak hadir semasa perhimpunan pada Sabtu namun ia belum pasti akan dapat menakutkan Ketua-Ketua Bahagian yang tidak sealiran dengan pendiriannya.

“Masih ada Ketua-Ketua Bahagian yang mula sedar mereka sedang dipergunakan untuk kepentingan peribadi individu tertentu… tidak semua sealiran dengan pandangan Presiden.

“Saya jangka tidak semua Ketua-Ketua Bahagian seluruh negara akan turun ke perhimpunan pada Sabtu ini… apa pun kita tunggu dan lihat sahaja lah siapa yang akan hadir pada Sabtu ini,” kata seorang lagi Ketua Bahagian yang dihubungi.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan jemputan rasmi kepada semua ahli akar umbi parti untuk turut serta dalam taklimat pada Sabtu ini.

Tanpa menjelaskan secara terperinci tujuan taklimat itu diadakan, katanya, ia berhubung “isu semasa terkini”.

Jemputan itu turut dipanjangkan kepada semua ahli jawatankuasa dan pimpinan UMNO bahagian yang ingin hadir.

Hadirin diminta berbaju merah Umno untuk menghadiri taklimat khas itu.

Dalam perkembangan lain, UMNO juga akan mengadakan satu mesyuarat Biro Politik malam tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok