Parti Zuraida belum diterima sertai BN

August 15, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menjadi salah satu komponen gabungan itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kader berkata permohonan PBM serta beberapa parti kecil lain sedang diperhalusi oleh urusetia BN.

“Dewan Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada parti-parti tersebut atas minat dan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan BN.

“Kesemua permohonan tersebut sedang diperhalusi oleh pihak urusestia BN,” katanya selepas mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, malam ini.

Zambry juga memberitahu Dewan Tertinggi BN membuat beberapa ketetapan termasuk setuju menubuhkan Puteri BN bagi menyelaraskan pergerakan wanita muda di semua parti komponen, yang diketuai Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Menurutnya mesyuarat itu juga dimaklumkan mengenai persiapan parti komponen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dewan Tertinggi berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang sedang dijalankan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara,” katanya.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbelan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Joseph Kurup, adalah antara pemimpin yang hadir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO, turut hadir.

Dipercayai empat parti komponen itu akan membincangkan peruntukan kerusi bagi pilihan raya akan datang, yang dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula
October 23, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok