Dewan Negara lulus tiga RUU

August 11, 2022 · Isu semasa

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ketika menggulung usul perbahasan Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 berkata pindaan bertujuan memastikan caruman anggota tentera dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selamat.

Beliau berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku berkaitan caruman.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 pula melibatkan pindaan pada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) dalam penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas pada prosiding rayuan jenayah serta mengehadkan rayuan untuk kes-kes interlokutori sivil.

Bagi Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022, pindaan dibuat susulan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 yang melibatkan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah.

Kedua-dua rang undang-undang itu dibentang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sebelum sesi persidangan hari ini ditangguh, Mas Ermieyati berkata cadangan mewujudkan sesi pertanyaan lisan bagi Perdana Menteri dan Menteri-Menteri wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara dengan mematuhi tatacara yang ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat 73.

Terdahulu, Senator Datuk A. Kesavadas membawa usul itu bagi memperkasa peranan dan fungsi Dewan Negara sebagai pentas Parlimen yang wajar diberi pengiktirafan oleh Jemaah Menteri seperti diamalkan secara tradisi di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat melaksanakan sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) sejak Oktober 2016.

Persidangan dewan bersambung Isnin. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok