100 buah rumah rosak dipukul ribut di Perlis

July 13, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 100 rumah di beberapa kampung mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negeri ini, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Perlis Lt.Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata sehingga kini pihaknya menerima laporan sebanyak 100 rumah terkesan akibat kejadian ribut yang bermula dari 10 pagi hingga lewat petang itu, lapor Bernama.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam penilaian,” katanya.

Beliau berkata APM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan peka dengan amaran bencana yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Saya harap orang ramai patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menyimpan barang-barang berharga di tempat selamat,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan lebih 50 rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis.

Antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh, Lubuk Sireh, Kangar, Abi, Bukit Keteri, Kurung Batang, Balik Bukit, Wang Besar dan Beseri.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca hujan pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat di kawasan pedalaman di negeri ini akan berterusan sehingga Ahad (17 Julai).

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu
October 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023· Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok