Pemangku Raja Johor cadang MB pakai selipar, sindir pengkritik

July 12, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dicadangkan pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibrahim agar memakai selipar sahaja selepas ini.

Sindiran balas itu dibuat Tunku Ismail susulan isu pemberian kasut yang dipakai Onn Hafiz seperti yang dilaporkan media bukan Melayu baru-baru ini sehingga beliau terpaksa membuat penjelasan berhubung perkara tersebut.

“Benda macam ni pun jadi isu? Dato saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar sahaja.

“Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato & beberapa pegawai kerajaan.

“Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah baginda dalam ciapan dalam akaun Twitternya.

Terdahulu, Onn Hafiz menafikan membeli kasut berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan Exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya.

Semalam, beberapa akhbar Cina menyiarkan laporan berhubung kasut mewah itu, ia selepas tular dalam media sosial.

Seorang individu mendakwa MB Johor membeli sepasang kasut jenama Berluti dianggarkan bernilai RM37,877.22 (€8,400).

Jenama Berluti, berasal sekitar 1895 merupakan pengeluarpakaian lelaki yang berpangkalan di Paris yang terkenal dengan kepakarannya dalam barangan kulit serta pakaian.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok