Polis masih siasat punca sebenar kes bunuh isteri, bayi

July 5, 2022 · Isu semasa

Polis masih menyiasat punca sebenar kes seorang lelaki disyaki membunuh isteri dan bayinya yang berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata permohonan reman terhadap tukang cuci kapal berumur 24 tahun itu sudah dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

“Kita akan ketahui juga motif sebenar kes ini kerana suspek telah ditahan reman selama tujuh hari,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kluang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng menyerahkan jawatan kepada pemangkunya DSP Abdul Razak Abdullah Sani.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata hasil ujian saringan air kencing lelaki itu, yang direman sehingga 11 Julai ini, adalah negatif.

Semalam, polis menahan suspek di kawasan Permas Jaya, Johor Bahru beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemukan di hadapan rumah mereka.

Lelaki itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan bogel pada 2.45 petang dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging daripadanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok