Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim

July 3, 2022 · Politik

Keputusan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum dimuktamadkan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata perkara itu adalah cadangan dan pandangan daripada beberapa pihak, namun di peringkat parti keputusan berkaitan isu itu masih belum dibuat, lapor Bernama.

“Tapi parti akan bincang (mengenai penggunaan logo PN). Kita guna logo PN untuk dua pilihan raya besar di Johor dan Melaka… kita guna logo PN walaupun calon PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mengatakan Bersatu dan PAS setakat ini sudah membuat keputusan akan menggunakan logo PN pada PRU15.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilaporkan berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata perkara itu akan dimuktamadkan apabila tiba masanya nanti dan apa yang disebut Muhyiddin adalah persetujuan yang dicapai sebelum ini.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok