Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung

June 30, 2022 · Isu semasa

Pengilang minyak sawit yang telah berhenti membeli tandan buah segar (BTS) berisiko digantung lesen operasi mereka, kata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengeluarkan surat amaran kepada semua pengilang pada Khamis (30 Jun).

“Surat amaran telah dikeluarkan kepada semua pengilang supaya mereka menjalankan operasi pengilangan dengan mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582)

“MPOB akan mengambil tindakan terhadap pengilang yang menjejaskan pengeluaran minyak sawit negara.

“Tindakan drastik, termasuk menggantung lesen operasi mereka, akan diambil sekiranya terbukti perkara ini berlaku, demi kelangsungan dan kelestarian industri sawit kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Wee berkata beliau kecewa dengan keputusan pengilang untuk menghentikan pengeluaran dan menghentikan pembelian BTS, sambil menambah bahawa tindakan mereka telah menjadikan keseluruhan tujuan mengeluarkan lesen operasi tidak bermakna.

“Saya memandang serius perkara ini dan meminta pengilang minyak sawit untuk tidak menghentikan pengeluaran, sebagaimana diperlukan di bawah lesen mereka, bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang.

“Diharap arahan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh pengilang bagi menyokong usaha kerajaan untuk terus meningkatkan pengeluaran minyak sawit di pasaran, yang kini berdepan cabaran penurunan harga,” katanya.

Beberapa pengilang minyak sawit nampaknya telah menggantung pengeluaran berikutan kejatuhan mendadak dalam harga minyak makan.

Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia menyaksikan penurunan terbesar sebulan dalam tempoh lebih 13 tahun pada Jun, jatuh 22 peratus kepada RM4,922 pada Isnin daripada paras tertinggi RM6,632.

Berita berkaitan
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023· Politik
Menteri tetap kata harga barang asas tidak naik
May 22, 2023· Isu semasa
Mengapa DAP kini senyap? kata bekas Ahli Parlimen berhubung isu Lynas
May 10, 2023· Politik
MCA tanya mana hilang suara kumpulan Anti-Lynas hilang selepas lesen dilanjutkan?
May 9, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok