Menteri tetap kata harga barang asas tidak naik

May 22, 2023 · Isu semasa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub tetap menafikan berlaku kenaikan harga bagi barang asas yang dikawal seperti didakwa.

Beliau menegaskan kementeriannya sentiasa memantau bagi memastikan harga barang kawalan itu berada pada paras yang ditetapkan.

“Jika dikatakan ada kenaikan mendadak bagi barangan asas, itu tidak benar sama sekali. Kita mengawal 43 jenis barangan kawalan, 11 harga kita kawal dan satu pun tidak naik.

“Sebagai contoh barang yang kita kawal, minyak bersubsidi tidak naik (harga) dan yang lima kilogram kemasan, kita hadkan pada RM30.90 tidak naik.

“Harga beras tidak naik dan kalau beras putih basmathi itu, perlu dibayarlah (mahal) sebab kita tidak kawal. Harga RON95 itu terkawal.

“Apa lagi barangan yang menjadi keperluan asas, tidak naik kerana 43 barangan ini memang kita kawal dan sesiapa yang naikkan harga akan berdepan tindakan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkenaan dakwaan berlaku kenaikan harga di pasaran.

Pada sesi sama beliau berkata semua fakta tersebut beliau peroleh daripada peguatkuasa kementeriannnya yang membuat tinjauan di bawah.

Beliau mengakui kemungkinan ada kenaikan pada harga barangan yang diolah atau dimasak, namun tidak bagi barangan asas yang dikawal.

“Jadi, atas apa pun hujah yang diberikan kepada kementerian, semua barangan kawalan yang kita senaraikan dan wartakan tetap tidak naik dan rakyat boleh beli dengan harga yang ditetapkan.

“Pada masa sama, dengan jualan Rahmah di pasar raya, rakyat boleh berjimat lagi. Itu komitmen yang kita berikan,” katanya sambil mengakui ada kemungkinan berlaku kenaikan harga bagi barangan siap masak.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang menyifatkan kenyataan harga barangan asas tidak meningkat sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Berita berkaitan
RON97 naik dua sen, harga RON95 dan diesel kekal tak berubah
May 31, 2023· Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
May 29, 2023· Isu semasa
Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus April 2023
May 26, 2023· Isu semasa
Gula pasir tidak dikawal harga dijual hari ini, kata menteri
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok