Gangguan air mulai 30 Mac: Tangguh lah dulu sehingga boleh rentas negeri

March 25, 2021 · Isu semasa

“Tangguh lah dulu sehingga boleh rentas negeri… setidaknya kita boleh balik kampung.”

“Kalau buat lepas PKP habis boleh tak.. bukan apa senang rakyat nak cari inisiatif lain waktu proses itu dilakukan.”

Itu antara komen penduduk di Lembah Klang susulan pengumuman Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk menjalankan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu, mulai 30 Mac ini.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan pengguna di 89 kawasan di sekitar Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air antara 48 jam hingga 68 jam bermula 30 Mac hingga 9 April ini.

Katanya, kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor di Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac, jam 9 pagi hingga 9 malam, bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

Gangguan bekalan air berjadual akan dialami di lima kawasan di Wilayah Petaling, Wilayah Klang (14) dan di Wilayah Shah Alam (12) bermula jam 9 pagi, 30 Mac. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April.

“Ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset-aset utama Air Selangor akan dilaksanakan pada tahun 2021 bagi memastikan perkhidmatan bekalan air yang berterusan dapat diberikan kepada pengguna pada masa hadapan.

“Air Selangor telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berkenaan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April, jam 9 pagi hingga 9 malam, akan membabitkan gangguan air di 12 kawasan di Wilayah Gombak dan Wilayah Kuala Lumpur (46) bermula jam 9 pagi, 6 April. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi 9 April.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan, kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Berita berkaitan
Gangguan sementara bekalan air Selangor di 40 kawasan
August 4, 2023· Isu semasa
Air Selangor mohon pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
July 4, 2023· Isu semasa
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
June 2, 2023· Isu semasa
Gangguan bekalan air 99 kawasan di Selangor
May 17, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok