Hina raja perbuatan melampau, biadab: PAS

April 27, 2021 · Isu semasa

Perbuatan menghina institusi beraja sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan, siaran media dan isyarat adalah sifat melampau yang mesti dibendung sepenuhnya, kata Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

Sambil mengecam perbuatan menghina Raja Permaisuri Agong baru-baru ini, Ketua DUPP, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh turut menempelak pihak yang mempertahankan penghinaan itu atas nama kebebasan bersuara.

“DUPP mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk tindakan yang membawa kepada penghinaan Sistem Beraja yang telah diamalkan sekian alam di negara ini sejak dari Tanah Melayu sehinggalah pembentukan negara Malaysia.

“Amat membimbangkan pula apabila segala bentuk penghinaan yang berlaku kepada Sistem Beraja pada hari ini dipertahankan dan disokong atas alasan hak kebebasan bersuara.

“Hak kebebasan bersuara ada sempadannya, biar berdisiplin dan usah menjadi kurang ajar. Islam memberikan hak kebebasan namun Islam jua menetapkan sempadannya iaitu pada perkara baik dan kebajikan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu menyifatkan tindakan biadab dan penghinaan terhadap sistem beraja akan mengundang pula kepada serangan jahat terhadap agama Islam.

“Melihat kepada konseptual dan pengamalan Sistem Beraja yang termaktub dalam Perlembagaan jelas bahawa kepentingan memelihara dan menghormati institusi ini kerana ia menjadi simbol penjagaan agama Islam dan pemeliharaan kesuciannya yang jelas,” katanya.

Pendirian DUPP itu dibuat susulan perbuatan seorang penderhaka bernama Fahmi Reza yang menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Penderhaka itu pula mendapat pembelaan kumpulan pendesak kebebasan bersuara, termasuk pemimpin politik PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok