Belum ada arahan sekat penerbangan dari India

April 26, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menghentikan penerbangan dari India bagi mengelak penularan varian mutasi berganda Covid-19 di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Ini suatu keputusan dasar yang amat penting dan kita mahu kerajaan ambil tindakan segera,” katanya hari ini.

Pada 24 April lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengembara yang baru tiba dari negara yang melaporkan penularan virus Covid-19 Varian Yang Membimbangkan (VOC) jenis baharu perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari berbanding 10 hari sebelum ini.

Ismail berkata, arahan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan VOC jenis baharu di Malaysia memandangkan ada dalam kalangan varian itu telahpun dikesan di Malaysia, misalnya varian B.1.351 atau South African variant.

“Kita ada dua opsyen, pengembara yang menaiki penerbangan terus dari negara VOC wajib menjalani kuarantin selama 14 hari, manakala bagi pengembara yang transit, tempoh kuarantin dikira pada hari mereka tiba di negara ini,” kata Dr Adham

Pada Ahad, India melaporkan 349,691 kes baharu Covid-19, hari keempat berturut-turut negara itu mencatatkan rekod dunia untuk jangkitan harian semasa wabak berkenaan.

Susulan itu, banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kuwait, Perancis dan Kanada sudah menyekat penerbangan dari India dengan alasan menghalang penyebaran varian mutasi berganda Covid-19.

Iran, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman dan Korea Selatan turut menyekat penerbangan dari India masuk ke negara mereka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok