Enggan terima Anwar, Dr M kini kata Pejuang buka pintu kerjasama lain

June 4, 2022 · Politik

Parti Pejuang membuka pintu kerjasama dengan golongan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pejuang tidak bergerak secara solo, namun menegaskan tidak akan bekerjasama dengan ‘penyangak’, ia selepas kenyataan terbaharunya baru-baru ini yang tidak mahu menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM), lapor Bernama.

“Banyak NGO sudah kita jumpa termasuklah pesara guru dan tentera kerana kumpulan ini juga berhak mengundi.

“NGO ini masing-masing ada penyokong, kita tahu mereka bercakap tentang masalah orang Melayu dan mereka juga berminat menyelamatkan masa depan (orang Melayu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan permukiman Pejuang negeri Melaka di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan partinya enggan bekerjasama dengan Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep “khemah besar”.

Mengulas mengenai pemukiman berkenaan, Dr Mahathir berkata ia adalah usaha menerangkan hala tuju parti itu menerusi pertemuan dengan pemimpin di peringkat negeri.

“Ramai yang tidak kenal apa itu Pejuang walaupun dalam kalangan ahli dan pemimpin parti ini. Mereka tak mengetahui dengan mendalam kenapa parti ini diwujudkan.

“Jadi kita datang ke setiap negeri untuk jelaskan dan diharap permukiman ini dapat memberi semangat kepada ahli parti untuk bekerja lebih kuat pada masa akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok