Bekas diplomat, anak didakwa edar ganja bawah Akta 39B

June 3, 2022 · Isu semasa

seorang bekas diplomat dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja dan memiliki minyak ganja, dua minggu lepas.

Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan Mohamed Rizal, 53, didakwa bersama-sama mengedar ganja seberat 1,020 gram di sebuah rumah di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, di sini pada 6.10 petang, 21 Mei lepas, lapor Bernama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dari kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim kerana kes hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan menyimpan minyak ganja seberat 60 mililiter, dua beranak itu mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu yang didakwa dilakukan di tempat dan masa sama.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 9(1)(b) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(2) akta sama iaitu penjara tidak lebih lima tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamed Rizal juga berdepan pertuduhan menggunakan dadah jenis THC di pejabat narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pada 8.40 malam, 23 Mei lepas.

Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan pengawasan sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pahang Mohammad Khalid Ab Karim dan Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan serta S. Punitha manakala tertuduh diwakili barisan peguam Rahmat Hazlan, Tania Scivetti dan Kamil Azman.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana pertuduhan di bawah Seksyen 39B merupakan kesalahan tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 Jun.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Bapa mengaku bersalah dalam perbicaraan kes tumbuk, tendang anak
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok