1,079,745 kanak-kanak lengkap 2 dos

May 19, 2022 · Isu semasa

Seramai 4,664 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 semalam, manakala 2,806 lagi menerima dos pertama, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan 1,079,745 atau 30.4 peratus kanak-kanak telah lengkap divaksinasi, manakala 1,653,491 atau 46.6 peratus lagi menerima suntikan dos pertama.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan awal Februari lalu hingga semalam, lebih 2.73 juta dos telah diberikan kepada golongan itu.

Kelantan dan Terengganu masih menjadi negeri yang mencatat peratusan rendah kanak-kanak menyertai PICKids iaitu 7.9 peratus dan 9.6 peratus yang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

PICKids akan berakhir 31 Mei ini dan selepas itu ibu bapa perlu membayar jika mahu memberikan vaksin Covid-19 kepada anak-anak mereka.

Sementara itu, seramai 2,461 individu dewasa menerima suntikan dos penggalak semalam, menjadikan setakat ini 16,071,981 atau 68.3 peratus daripada golongan itu telah melengkapkan imunisasi masing-masing.

Sejak PICK dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam juga 22,971,916 atau 97.6 peratus individu dewasa telah menerima dua dos, manakala 23,247,755 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 2,906,702 atau 93.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima dua dos vaksin Covid-19, sementara 3,003,996 atau 96.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya negara telah memberikan lebih 70.72 juta dos vaksin Covid-19 kepada semua peringkat usia penduduk yang layak, termasuk warga asing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok