Pendatang menyorok di kubur

May 17, 2022 · Isu semasa

Polis menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang bersembunyi di kawasan Tanah Perkuburan Islam dekat, Madrasah Kubur Tok Wali, Kelar, di Pasir Mas, jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, anggota bertugas mendapat maklumat dan membuat pemeriksaan di tanah perkuburan itu sebelum menemui PATI terbabit yang sedang menyorok daripada pihak berkuasa.

Menurutnya semua PATI itu adalah wanita berusia13 sehingga 25 tahun, termasuk dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 10 dan empat tahun.

“Ketika soal siasat dilakukan di lokasi, mendapati kesemua mereka tidak boleh berbahasa Melayu. Selepas pemeriksaan dijalankan, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri untuk masuk ke dalam negara.

“Mereka disyaki datang melalui jalan yang tidak diwartakan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand sebelum diangkut oleh individu untuk dihantar ke kawasan berkenaan sebagai lokasi transit.

“Semua PATI ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tujuan laporan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Nasaruddin, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Myanmar disyaki sebagai ‘transporter’ yang membawa rakan senegara menggunakan motosikal di jalan kebun getah Kampung Kelar, di sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.

“Suspek berusia 28 tahun ini datang ke kawasan kebun getah untuk mengambil rakan yang baru sampai dari Thailand untuk dibawa ke lokasi sekitar Pasir Mas.

“Selepas disoal siasat, suspek memberitahu dia tidak mengetahui mengenai mana-mana individu yang terbabit dan hanya mendapat lokasi berkenaan daripada rakan-rakan sahaja,” katanya.

Katanya, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok