Tun M mahu perhatian, kata Apandi selepas kes selesai luar mahkamah

May 9, 2022 · Isu semasa

Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahukan perhatian apabila membangkitkan isu samannya terhadap kerajaan yang diselesaikan di luar mahkamah

Malah, Apandi juga menegaskan bekas Perdana Menteri itu tiada sebarang hak untuk mempersoalkan langkah penyelesaian di luar mahkamah yang diputuskan Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya Jabatan Peguam Negara yang mewakili kerajaan sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan beliau berhubung pemecatannya sebagai Peguam Negara ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Bukan dia (Dr. Mahathir) berhak setuju (atau) tak setuju (berhubung langkah penyelesaian yang diambil) sebab ini saman terhadap kerajaan dan kerajaan sudah setuju (selesai di luar mahkamah).

“Yang mewakili kerajaan adalah Peguam Negara, kalau Peguam Negara kata macam itu, kena akur, (Dr. Mahathir) tiada hak nak persoalkan. Penyelesaian itu sudah lama, sudah tiga minggu lebih, kenapa baru timbul? (Seperti) seek attention,” katanya seperti dilapor Utusan.

Mengulas desakan Dr Mahathir supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberitahu umum mengenai penyelesaian itu, Apandi berkata sebarang kerahsiaan berhubung terma penyelesaian merupakan perkara biasa.

“Terma-terma itu adalah rahsia. Ini adalah perkara biasa, bukan di luar kebiasaan, benda-benda yang berlaku setiap hari,” jelasnya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu beliau terkejut dan tidak bersetuju terhadap langkah kerajaan menyelesaikan kes saman Apandi terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah.

Selain itu, Dr Mahathir juga mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai penyelesaian yang dicapai sedangkan beliau adalah defendan dan juga saksi utama.

Dr Mahathir berkata, kes itu sepatutnya dibawa ke mahkamah bagi menilai perkara sebenarnya yang berlaku.

Susulan itu, Idrus dalam kenyataannya memberitahu, beliau telah memaklumkan kepada Dr Mahathir mengenai terma penyelesaian kes itu.

Beliau berkata, berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara ketika pemerintahan PH.

Idrus berkata, mahkamah kemudiannya membatalkan tuntutan plaintif tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok