Thailand catat 6,488 kes baharu Covid, Singapura 2,423 jangkitan

May 9, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam (MPH) Thailand melaporkan sebanyak 6,488 jangkitan baharu Covid-19 dikesan di negara itu dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi.

Dalam tempoh sama, 55 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, sementara 12,755 pesakit lagi telah pulih dan dibenar keluar dari hospital.

Sejak awal 2020 hingga hari ini, Thailand mencatat kumulatif positif sebanyak 4,331,338 kes – keempat tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam, Indonesia, dan Malaysia.

Daripada jumlah itu 4,217,238 pesakit telah pulih, 84,957 masih dirawat di hospital, dan 29,143 kes kematian.

MPH juga memaklumkan sehingga semalam lebih 132.73 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Thailand.

Sementara itu, Singapura pula merekodkan 2,423 kes baharu Covid-19 semalam, dengan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pada 1.01, kali pertama kadar itu melebihi satu sejak 23 April lalu.

Kadar itu merujuk pada nisbah kes dalam komuniti sejak seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya, dengan kadar melebihi satu menunjukkan jumlah kes baharu Covid-19 mingguan sedang meningkat.

Sabtu lalu, sebanyak 3,162 kes dilaporkan, manakala pada Ahad minggu lalu, jumlah kes baharu yang direkodkan adalah sebanyak 1,732 kes.

Setakat semalam, sebanyak 240 kes Covid-19 sedang dirawat di hospital, dengan enam pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 15 pesakit memerlukan bantuan oksigen.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan dua kematian, manakala 2,269 kes jangkitan tempatan baharu direkodkan.

Menurut Worldometer, jumlah kes positif global kini meningkat kepada lebih 517.30 juta pada Isnin, dengan 472.09 juta telah pulih; 38.92 kes masih aktif; dan 6.27 juta meninggal dunia akibat Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok