PM Singapura terima darjah kebesaran Johor

May 5, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching akan dianugerahkan darjah kebesaran utama negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar dalam majlis di Johor Bharu esok, lapor The Straits Times.

Memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri, menurut laporan itu Lee dan Ho akan melawat Johor bagi menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Istana Besar, Johor Bahru, menurut laporan Bernama.

Lee bakal dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ).

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dan bekas menteri undang-undang EW Barker pernah menerima anugerah sama pada 1984, diikuti bekas Perdana Menteri, Goh Chok Tong pada 1991.

Sementara itu, Ho menjadi warga Singapura pertama dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).

Lee dan isteri akan diiringi Menteri Hal Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang K Shanmugam.

Sultan Ibrahim juga akan meraikan Lee dan Ho dalam jamuan tengah hari.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok