Adakah adil MP dipecat parti hanya sebab lawan Presiden? Soal Muhyiddin ketika perbahasan

April 11, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan wakil rakyat berhubung pertimbangan yang wajar diberikan sama ada undang-undang yang akan diperkenalkan nanti adil atau sebaliknya.

Beliau mempersoalkan sama ada undang-undang itu baik untuk rakyat dan negara atau ia hanya memberikan kelebihan kepada pihak-pihak tertentu sahaja atas tujuan politik semata-mata.

“Apatah lagi rang undang-undang ini akan membatasi hak asasi kita semua sebagai seorang individu dan juga Ahli Parlimen (MP) yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Justeru hujah-hujah yang dikemukakan oleh semua ahli-ahli yang berhormat di dewan yang mulia ini hendaklah diambil kira dengan penuh teliti sebelum rang undang-undang ini diluluskan,” katanya membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini (11 April).

Muhyiddin turut bimbang sekiranya pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ini merangkumi maksud yang terlalu luas, maka ia boleh disalah guna di kemudian hari untuk menafikan hak dan kebebasan MP dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menyatakan kebenaran dan mengambil pendirian dalam hal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

MP Pagoh itu berkata pindaan berkenaan akan memberikan kesan besar terhadap hak kebebasan berpersatuan bagi rakyat di negara ini yang selama ini dipertahankan dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, sekatan ke atas hak kebebasan asasi ini hanya boleh dibuat oleh sebuah Akta Parlimen atas sebab keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral.

“Tidak ada alasan lain yang boleh digunakan untuk menyekat hak kebebasan seorang wakil rakyat, sama ada untuk menubuhkan sebuah parti politik, menyertai parti politik, meninggalkan parti politik atau tidak menyertai mana-mana parti politik. Inilah duluan kes yang menjadi prinsip undang-undang yang diterima di negara kita.

“Namun jika dewan yang mulia ini meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan yang dibentangkan pada hari ini maka hak kebebasan asasi untuk berpersatuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini akan disekat dengan sekatan-sekatan yang akan diperincikan dalam sebuah akta yang akan digubal kemudian,” katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau tidak bersetuju seorang MP yang dipecat daripada parti ataupun meninggalkan parti atas sebab-sebab tertentu dikira sebagai lompat parti dan perlu mengosongkan kerusinya serta-merta.

“Ada banyak sebab seorang Ahli Parlimen dipecat daripada parti ataupun meninggalkan partinya. Ada yang dipecat kerana melanggar disiplin parti. Atau kerana dengan izin ‘cross the floor’ atau kerana menyatakan sesuatu yang hak tetapi tidak disenangi oleh pemimpin parti lalu dipecat dari partinya.

“Atau kerana partinya telah lari dari landasan prinsip perjuangannya yang sebenar serta memudaratkan rakyat dan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata tidak ada ruang untuk MP itu mencabar keputusan parti di mahkamah kerana adanya ouster clause Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966. Rayuan hanya boleh dibuat kepada majlis tertinggi parti yang tentunya akan dikawal oleh pemimpin-pemimpin parti. Adakah ini adil?

“Saya fikir sekiranya inilah kedudukan undang-undang yang akan terpakai maka tidak akan ada Ahli Parlimen yang berani menegur pemimpin parti yang melakukan kesilapan.

“Dan juga (yang melakukan) kemungkaran, yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kerana bimbang akan dipecat dari parti dan seterusnya hilang kerusi Parlimen yang disandang,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok