Majikan Cina belasah pengawal peribadi didakwa esok

April 21, 2021 · Isu semasa

Seorang majikan Cina yang membelasah dua pengawal peribadinya sehingga cedera teruk dan mengacukan senjata api dengan membuat ugutan terhadap mereka akan didakwa esok.

Majikan yang berusia 43 tahun yang juga seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok dan perkara itu disahkan Ketua Polis Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Zainal pada 18 April lalu mengesahkan penahanan suspek tersebut sejurus menerima laporan polis kedua-dua mangsa dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mangsa tersebut bekerja dengan majikannya dibawah sebuah syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd, dimana kedua-dua mereka dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek itu.

Mangsa telah bekerja selama tiga tahun bersama suspek manakala rakannya sejak tujuh tahun lalu.

Insiden tersebut bermula di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.

Kejadian di rumah rakan majikan tersebut tidak berakhir disitu sahaja, mereka kemudiaan dibelasah dengan teruk menggunakan rotan sehingga berbirat dibelakang badan.

Dalam laporan tersebut juga menyebut tindakan majikan tersebut mengacukan sepucuk pistol kepada salah seorang rakan pengawal peribadi yang juga mangsa dengan kata-kata ugutan yang mengancam keselamatan diri dan keluarga mangsa.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok