Dua tahanan Amerika di Afghanistan sudah dibebaskan

April 2, 2022 · Dunia

Seorang warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang warga yang menetap di negara itu sudah dibebaskan daripada tahanan di Afghanistan, kata Jabatan Negara itu dalam satu kenyataan.

Kedua-dua individu yang ditahan itu terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan sebelum Taliban menangkap mereka.

Saifullah Rauf, seorang warganegara Amerika dan Anees Khalil adalah pemegang kad hijau Amerika “ditahan secara tidak adil” dan kini berada di Qatar sementara menunggu pulang ke Amerika Syarikat, kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, hubungan Afghanistan dengan Amerika masih dingin ekoran polisi kerajaan Taliban yang melarang wanita ke sekolah selepas hampir lapan bulan sejak kumpulan Islamis merampas Kabul dan tentera Amerika meninggalkan negara itu selepas perang 20 tahun.

“Kami berterima kasih atas usaha semua mereka yang bekerja untuk memastikan” pembebasan Rauf dan Khalil, tetapi banyak kerja perlu dilakukan. Penahanan rakyat Amerika secara tidak adil tidak boleh diterima,” kata Price.

“Kami tidak akan berhenti sehingga setiap orang Amerika yang ditahan secara tidak adil di atas kehendak mereka dapat kembali bersama keluarga mereka semula.”

Penahanan kedua-dua individu tidak dihebahkan kepada umum.

Sebelum ini, tahanan warga Amerika yang terkenal dan diketahui umum adalah Mark Frerichs yang diculik pada Januari 2020.

Mereka berdua ditahan Taliban pada 18 Disember dan berada dalam tahanan selama 105 hari, menurut kenyataan itu.

Rauf berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu membebaskan mereka, termasuk pegawai AS, keluarga mereka, kerajaan Qatar, kerajaan British dan organisasinya, Human First Coalition (sebuah kumpulan persendirian berpengkalan di AS).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
Popular
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok