Erdogan cari jalan pujuk Putin akhiri peperangan secara baik

March 26, 2022 · Dunia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan akan berusaha untuk menyakinkan rakan sejawatnya, Vladimir Putin mengambil langkah “keluar secara terhormat” daripada kancah perang di Ukraine ketika konflik semakin meruncing.

Menurut laporan, Erdogan dipetik berkata kepada wartawan di Brussels semasa sidang kemuncak NATO, beliau akan bercakap dengan Presiden Rusia itu pada hujung minggu untuk mencuba dan meyakinkannya bagi menamatkan konflik di Ukraine.

“Saya akan mencari jalan untuk menamatkan isu (perang) ini dengan memberitahunya untuk menjadi seorang arkitek keamanan dan keluar secara terhormat,” kata Erdogan.

Beliau menambah bahawa Ukraine dan Rusia juga sudah mencapai persefahaman mengenai empat daripada enam perkara yang menjadi punca perselisihan.

Beliau berkata Presiden Ukraine Vlodymyr Zelensky berkemungkinan membatalkan hasrat Ukraine untuk menyertai NATO dan mengiktiraf bahasa Rusia sebagai salah satu bahasa rasmi Ukraine.

“Ukraine juga menyatakan komitmen untuk membuat beberapa konsesi meletak senjata,” kata Erdogan.

“Sudah tentu ia bukan perletakan senjata sepenuhnya. Ukraine dilihat positif terhadap tuntutan keselamatan secara kolektif.”

Presiden Turki itu berkata punca utama perbalahan antara kedua-dua negara adalah berhubung status Crimea dan wilayah Donbas dan Luhansk yang dikawal puak pemisah.

“Saya rasa Zelensky membuat langkah yang baik dengan menawarkan referendum di wilayah tersebut,” kata Erdogan lagi.

Disebabkan oleh sekatan di seluruh dunia, banyak syarikat antarabangsa dan berkuasa milik warga Rusia meninggalkan negara tersebut dan kini menumpang di Turki.

Dua kapal layar mewah milik jutawan Rusia, Roman Abramovich dibenarkan berlabuh di pelabuhan Turki awal minggu ini.

Istanbul juga menjadi salah satu destinasi utama bagi warga Rusia yang melarikan diri dari negara mereka ekoran sekatan akibat peperangan dengan Ukraine.

Berita berkaitan
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023· Isu semasa
Gempa terbaharu Turkiye: Ramai terperangkap, 29 bangunan runtuh
February 28, 2023· Dunia
Ahli Parlimen PN hulur sumbangan bantu mangsa gempa Turkiye, Syria
February 22, 2023· Isu semasa
Gempa: Turkiye tamatkan usaha menyelamat kecuali di 2 wilayah
February 20, 2023· Dunia
Popular
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok