Sukan tak sepatutnya diasingkan mengikut kaum: Reezal Merican

April 17, 2021 · Isu semasa

Tindakan sebuah sekolah menengah di Johor yang dikatakan membahagikan aktiviti kokurikulum mengikut pengkelasan kaum menerima kecaman Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican berkata sekolah tersebut tidak wajar menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan satu termasuk sukan, hanya terbuka untuk satu kaum sahaja dan sukan sepatutnya dijadikan sebagai ejen perpaduan.

“Sukan sepatutnya ‘color blind’, melangkaui sempadan budaya dan menjadi ejen perpaduan. Tiada polisi atau pendekatan sebegini dalam Dasar Sukan. Kita mahu pendemokrasian sukan bermula di sekolah,” katanya hari ini.

Reezal Merican berkata demikian menerusi akaun Twitter beliau, yang membalas ciapan seorang pengguna akaun Twitter (@sharwinsubra05) yang mempersoalkan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu.

Pengguna berkenaan turut memuat naik gambar sekeping surat yang mengandungi senarai kelab, dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.

Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina sahaja, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu).

Pihak sekolah berkenaan turut dikecam netizen yang rata-ratanya mempersoalkan kewajaran pengasingan aktiviti kokurikulum mengikut satu kaum.

Berita berkaitan
Ia hanya spekulasi, kata ADUN UMNO berhubung lantikan jawatan Timbalan KM P. Pinang
August 17, 2023· Politik
PRN : UMNO buat tak tahu kalau ‘bungkus’, kata KJ
August 10, 2023· Politik
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
SKMM minta padam ciapan kritik kerajaan, Twitter tak layan
July 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
 ‘Hilang’ daripada laman web, CEO Yayasan Peneraju dipecat?
May 2, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok