97.9% dewasa lengkap divaksinasi

January 21, 2022 · Isu semasa

Kadar imunisasi dalam kalangan populasi dewasa terus meningkat apabila 232,789 dos vaksin Covid-19 diberikan dalam tempoh 24 jam semalam, dengan 230,020 daripadanya adalah dos penggalak.

Sehingga semalam, seramai 22,913,483 atau 97.9 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,191,008 atau 99.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan sejak 13 Oktober lalu seramai 10,235,759 atau 43.7 peratus individu telah menerima suntikan dos penggalak.

Menerusi laman sesawangnya Covidnow yang dikemas kini pagi ini, lebih 5.64 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sejak 8 September 2021.

Sehingga semalam seramai 2,778,389 atau 88.3 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, lapor KKM.

Sementara 2,863,086 atau 91.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama. Tiada remaja yang menerima dos penggalak setakat ini.

Keseluruhannya sebanyak 61,778,396 dos telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 lalu.

Daripada jumlah itu seramai 25,691,872 atau 78.7 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 26,054,094 atau 79.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok