Pengurusan kes saman Azam terhadap individu buat fitnah ditetapkan 15 Feb

January 13, 2022 · Isu semasa

Pengurusan kes berhubung saman fitnah yang dikemukakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap seorang penyelidik kanan, K. Lalitha akan didengar pada 15 Februari nanti.

Azam mengambil langkah menyaman Lalitha kerana menyiarkan dua artikel yang didakwa memfitnahnya membabitkan pemilikan saham yang disalah dianggap telah memfitnah badan tersebut.

Ia juga seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melantik Azam ke jawatan tersebut berlandaskan undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, artikel-artikel yang diterbitkan sekitar Oktober dan Disember tahun lalu di portal berita Independent News Service (INS) juga secara tidak langsung telah menggambarkan Azam dan adiknya, Nasir menyokong politik berhaluan kiri dan aktiviti menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah serta senjata api.

Artikel-artikel terbabit turut disiarkan di akaun Twitter Defendan atas nama @LalithaVelvet yang masih boleh diakses oleh orang awam sehingga kini.

“Defendan (Lalitha) mempunyai niat jahat apabila menyatakan bahawa dia telah cuba menghubungi plaintif (Azam) beberapa kali bagi mendapatkan maklum balas berhubung berita palsu mengenai Azam sedangkan defendan adalah individu yang bertindak menyebarkan dan memfitnah plaintif,” kata Azam dalam penyataan tuntutan saman yang difailkan semalam.

Sesalinan dokumen tersebut diperoleh media hari ini melalui carian fail mahkamah dan semakan pada sistem kehakiman menunjukkan bahawa kes saman fitnah di antara Azam dan Lalitha itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 15 Februari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Noordura Mohamed Din.

Menurut penyataan tuntutan Azam, kenyataan berbaur fitnah yang diterbitkan oleh Lalitha adalah untuk memperlekehkan nama baik, reputasi dan kedudukan plaintif sebagai seorang individu dan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kandungan kenyataan berbaur fitnah tersebut berniat untuk menimbulkan kebencian terhadap plaintif untuk menyebabkan kecederaan maksimum kepada nama baik, reputasi dan kedudukan Plaintif serta bertujuan untuk menghancurkan karier Plaintif selaku pegawai tertinggi kerajaan yang sentiasa mempunyai rekod yang bersih dan kredibiliti yang baik,”kata penyataan tuntutan tersebut.

Oleh itu, Azam memohon satu perintah injunksi bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah itu diterbitkan semula dalam apa juga cara.

Plaintif turut memohon agar defendan memadamkan artikel dan ciapan dalam tempoh masa tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf yang akan diterbitkan dalam akhbar atau media sosial pilihan Azam.

Azam turut memohon ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

Turut dimohon ialah faedah sebanyak lima peratus atas jumlah ganti rugi am dan teruk dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok