Tren KTMB berhenti di Kuala Gris, pelajar kembali ke sekolah

January 10, 2022 · Isu semasa

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas empat kakitangannya susulan tren itu tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, semalam.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Taha, berkata pemandu, pembantu pemandu, penyelia kereta api dan pemeriksa tiket digantung tugas, manakala beberapa kakitangan lain yang terbabit dalam insiden semalam turut dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan yang akan dilengkapkan dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya KTMB memandang serius perkara itu dan satu panel siasatan sudah diwujudkan bagi melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengambil kira semua aspek sama ada dari sudut operasi, teknikal serta corak larian kereta api.

“Pihak KTMB menganggap insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan kita akan pastikan beberapa langkah akan diambil bagi memastikan ia tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, tindakan yang akan diambil nanti bergantung kepada penilaian panel terhadap kes itu , selain turut mencadangkan kepada pihak pengurusan kereta api untuk tindakan yang perlu diambil dalam menyelesaikan insiden ini,” katanya hari ini.

Mohd Zain berkata, pembentukan panel siasatan berkenaan adalah prosedur biasa bagi membantu menangani sesuatu insiden yang berlaku dalam KTMB dan kejadian semalam adalah yang pertama kali.

“Dalam insiden semalam, pihak KTMB sekali lagi memohon maaf kepada semua warga Kuala Gris dan pelajar sekolah terutamanya kepada ibu bapa serta pihak SMK Dabong selain penduduk di kawasan sekitar di atas kejadian yang berlaku semalam,” katanya.

Media semalam melaporkan, keterujaan 100 pelajar SMK Dabong untuk ke sekolah bertukar sebaliknya, apabila kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Taufan Nanmadol rempuh Jepun: Kelajuan angin 126 kilometer sejam
September 19, 2022· Dunia
22 maut serangan roket Russia ke atas stesen kereta api Ukraine
August 25, 2022· Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022· Dunia
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok