22 maut serangan roket Russia ke atas stesen kereta api Ukraine

August 25, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan roket Russia ke atas stesen kereta api Ukraine pada Rabu (24 Ogos), kata Presiden Volodymyr Zelensky, ketika negaranya menyambut ulang tahun kemerdekaan daripada pemerintahan Soviet.

Zelensky pada Selasa memberi amaran berhubung risiko “provokasi Moscow yang menjijikkan” pada hari kemerdekaan, yang secara kebetulan enam bulan sejak tentera Russia menyerang Ukraine, konflik paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia II.

Dalam ucapan video kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zelensky berkata roket itu mengenai kereta api di bandar kecil Chaplyne, kira-kira 145 kilometer di barat Donetsk yang diduduki Russia di timur Ukraine. Empat gerabak terbakar, katanya.

“Chaplyne adalah kesakitan kami hari ini. Setakat ini terdapat 22 orang maut,” kata Zelensky dalam ucapan vide, sambil menambah Ukraine akan menjadikan Russia bertanggungjawab atas segala yang telah dilakukannya.

Perayaan cuti umum 24 Ogos telah dibatalkan, tetapi ramai warga Ukraine memeriahkan majlis itu dengan memakai baju bersulam tipikal pakaian kebangsaan.

Selepas berhari-hari memberi amaran bahawa Moscow boleh menggunakan hari kemerdekaan untuk menembak lebih banyak peluru berpandu ke pusat bandar utama, bandar kedua terbesar Kharkiv telah dikenakan perintah berkurung, berikutan beberapa bulan pengeboman.

Siren udara berbunyi sekurang-kurangnya tujuh kali di ibu kota Kyiv pada siang hari walaupun tiada serangan berlaku.

Dalam ucapan penuh emosi kepada rakan senegaranya pada awal hari itu, Zelensky berkata Ukraine “dilahirkan semula” apabila Moscow menyerang negara itu dan berjanji akan menghalau Russia.

Tentera Ukraine dilaporkan menembak jatuh dron Russia di wilayah Vinnytsia, manakala beberapa peluru berpandu Russia mendarat di kawasan Khmelnytskyi, kata pihak berkuasa wilayah – kedua-duanya di barat Kyiv dan ratusan kilometer dari barisan hadapan.

Russia telah berulang kali menafikan tenteranya menyasarkan orang awam. Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu memberitahu mesyuarat di Uzbekistan bahawa Moscow sengaja memperlahankan apa yang disebut sebagai “operasi ketenteraan khas” di Ukraine untuk mengelakkan korban awam.

Pada sesi Majlis Keselamatan PBB pada Rabu, Duta Besar Russia Vassily Nebenzia mengulangi rasional Moscow untuk tindakannya di Ukraine, dengan mengatakan “operasi khas” diperlukan untuk menghapuskan ancaman keselamatan yang “jelas” terhadap Russia.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan hampir AS$3 bilion sebagai bantuan senjata dan peralatan kepada Ukraine dalam “bantuan keselamatan terbesar Washington setakat ini”. Di bawah Biden, AS telah memberikan bantuan keselamatan lebih AS$13.5 bilion kepada Ukraine.

Dalam lawatan mengejut ke Kyiv pada Rabu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut menjanjikan sokongan tentera bernilai AS$63.5 juta lagi, termasuk 2,000 dron.

Russia telah membuat sedikit kemajuan dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas tenteranya diusir dari Kyiv pada minggu-minggu awal perang.

Pegawai perisikan tentera tertinggi Ukraine, Kyrylo Budanov, berkata pada Rabu serangan Russia semakin perlahan kerana keletihan moral dan fizikal dalam barisannya.

Ukraine mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet yang hancur pada Ogos 1991, dan penduduknya mengundi secara besar-besaran untuk kemerdekaan dalam satu referendum pada bulan Disember.

Tentera Russia telah merampas kawasan di selatan termasuk di Laut Hitam dan Laut Azov serta kawasan luas Luhansk dan Donetsk yang terdiri daripada wilayah timur Donbas.

Perang itu telah membunuh beribu-ribu orang awam, memaksa lebih satu pertiga daripada 41 juta penduduk Ukraine meninggalkan kediaman mereka – meninggalkan bandar dalam runtuhan dan menggegarkan ekonomi global, mewujudkan kekurangan bijirin makanan penting dan menaikkan harga tenaga.

Berita berkaitan
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023· Politik
Enam serangan terancang gegar tiga wilayah Selatan Thai malam tadi
April 15, 2023· Dunia
Adakah jika bukan Najib maka hakim, mahkamah akan dikritik?
April 7, 2023· Isu semasa
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok