Majikan berbangsa bukan Islam didakwa memukul dua pengawal peribadinya berbangsa Islam hanya kerana berpuasa, malah mereka berdua diugut dengan sepucuk pistol sekiranya membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
Insiden tersebut berlaku di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.
Satu laporan polis juga dibuat oleh kedua-dua mangsa kerana bimbang dengan ancaman yang dibuat oleh majikan tersebut.
Dalam kejadian di rumah majikan tersebut, kedua-dua mereka diugut akan diberhentikan kerja kerana berpuasa, malah majikan tersebut juga menghamburkan kata-kata kesat terhadap merek berdua.
Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa melaporkan majikannya menghina agama Islam dengan kata-kata “Saya sudah cakap jangan puasa, siapa yang bayar gaji u, saya ke atau u punya Allah”.
Kedua-dua mereka kemudiaan ditampar dan ditarik rambut oleh majikannya dengan mengugut mereka supaya tidak membuat laporan polis.
“U orang mau complain saya ke, itu IGP (Ketua Polis Negara) saya pegang,” menurut laporan polis yang dibuat kedua-dua mangsa itu lagi.
Kejadian di rumah rakan majikan tersebut tidak berakhir disitu sahaja, mereka kemudiaan dibelasah dengan teruk menggunakan rotan dibelakang badan sehingga meninggalkan kesan.
Dalam laporan tersebut juga menyebut tindakan majikan tersebut mengacukan sepucuk pistol kepada salah seorang rakan pengawal peribadi yang juga mangsa dengan kata-kata ugutan yang mengancam keselamatan diri dan keluarga mangsa.
Satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Balai Polis Klang pada jam 3 pagi.
Pihak Agenda Daily masih cuba menghubung pihak berkuasa bagi mendapatkan pengesahan berkenaan laporan tersebut dan tindakan susulan yang bakal diambil terhadap tindakan kecam majikan yang mencederakan dua pengawal peribadinya tersebut.