Selepas 28 Dis, rakyat Sabah pulang dari luar negara perlu dikuarantin

December 30, 2021 · Isu semasa

Rakyat Sabah yang menunaikan umrah atau ke luar negara sebelum 28 Dis dibenarkan untuk meneruskan perjalanan masuk ke negeri itu sekembalinya mereka ke Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata bagi rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan ke luar negara selepas tarikh itu pula, mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama tujuh atau 10 hari di Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia, menurut laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata bagi yang bertolak sebelum 28 Dis, mereka hendaklah menjalani kuarantin di Sabah, tertakluk kepada ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) yang disahkan negatif sebelum bertolak pulang ke negeri itu.

“Kerajaan Sabah akan menyediakan perkhidmatan doktor berdaftar bagi ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara percuma kepada rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tempat penginapan disediakan bagi mereka yang disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani tempoh kuarantin di ibu negara, selain bantuan juga disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Sabah yang diselaraskan bersama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur.

Bagi yang bertolak selepas 28 Dis, Hajiji berkata kos kuarantin termasuk penginapan ditangung para jemaah atau ejen pelancongan yang menawarkan pakej umrah, dengan kos berkaitan perlu dimasukkan dalam pakej umrah disediakan.

Beliau berkata kos kuarantin termasuk penginapan bagi rakyat Sabah yang pulang dari luar negara juga adalah atas tanggungan sendiri.

“Syarat-syarat kuarantin ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan kerajaan Sabah dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, kemasukan individu ke Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat pihak berkuasa negeri yang sedia ada,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok