Pemimpin muda PKR tampil pertahan Zahid dalam isu klip audio

April 14, 2021 · Politik

Jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diserang pemimpin UMNO dalam isu klip audio yang tular, lain ceritanya yang berlaku di sebelah blok parti pembangkang apabila seorang pemimpin sayap pemuda PKR tampil mempertahankan Presiden UMNO itu secara terbuka.

Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman menyifatkan penularan klip audio tersebut adalah usaha terancang kumpulan tertentu dalam UMNO yang mahu menyekat kemaraan Zahid dalam pemilihan parti tidak lama lagi dan ia jelas langkah tersebut bermotifkan politik.

“Pada pandangan saya lah kan, ini adalah tidak lain tidak bukan ini adalah usaha untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam UMNO.

“Kita semua pun tahu bahawa pemilihan UMNO semakin hampir maka saya anggap ini adalah usaha untuk ‘damage’ (memusnahkan) Zahid Hamidi supaya penyokong beliau yang tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan beralih arah daripada Datuk Seri Zahid Hamidi kepada pemimpin yang lain,” kata Syed Badli dalam satu video penjelasan yang dimuatnaik dalam Facebook.

Menurut Syed Badli, kumpulan yang memusuhi Zahid tersebut menyebarkan klip audio itu kerana mereka tidak senang melihat hubungan baik yang dijalin antara Zahid dengan Presiden PKR tersebut.

“Pada saya, rakaman yang tular ini tidak lari daripada bermotifkan politik untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam UMNO itu sendiri.

“Tujuan penyebar ini boleh difahami daripada tujuan politik, mereka sebarkan supaya kumpulan yang tak suka Datuk Seri Zahid akan bertambah menyampah apabila mendapat tahu Datuk Seri Zahid berada di lengan Anwar Ibrahim,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, satu klip audio perbualan pakatan sulit antara Anwar dan Zahid.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok