Zahid sakit pula, perbicaraan 40 tuduhan rasuah ditangguh lagi

December 23, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan lagi perbicaraan kes Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang ditetapkan hari ini dan esok, kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan tidak sihat.

Sebelum ini, perbicaraan kes Zahid yang turut berdepan tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah beberapa kali ditangguh sama ada disebabkan Presiden UMNO itu sakit atau peguamnnya sakit.

Zahid sebelum ini mendapat pelepasan pasport daripada mahkamah untuk mendapatkan rawatan sakit belakang di Jerman November lalu.

Sejak dua hari lalu Zahid begitu sibuk ke sana sini membantu mangsa banjir di beberapa tempat, termasuk di Lembah Klang.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini dan esok kerana tertuduh tidak sihat, lapor Bernama.

“Peguam meminta untuk menangguh perbicaraan sebab tertuduh dikatakan tidak sihat walaupun ada di perkarangan mahkamah, oleh kerana atas sebab kesihatan, hakim membenarkan penangguhan. Hari ini dan esok dilapangkan,” katanya sambil menambah kes itu ditetapkan untuk sambung bicara pada 3 Februari 2022.

Prosiding hari ini turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Setakat ini, lima saksi pendakwaan telah selesai memberi keterangan pada perbicaraan tersebut sementara bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim, 62, masih di peringkat pemeriksaan balas.

Mahkamah juga telah menetapkan 18 hari untuk sambung bicara kes tersebut iaitu pada 3 Februari, 7 dan 8 Mac, 1 April, 10-13 Mei, 17-20 Mei, 30 dan 31 Mei serta 13-16 Jun.

Mahkamah juga menetapkan 25-29 Julai untuk hujahan lisan dan bertulis serta 24 Ogos untuk keputusan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Semalam, saksi pendakwaan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Alwi Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Zahid yang melanjutkan kontrak syarikat UKSB bagi pelaksanaan sistem VLN, terlalu awal.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok