Sebuah helikopter tentera India yang membawa Ketua Staff Pertahanan Jeneral Bipin Rawat, isteri dan 12 lagi penumpang terhempas di Coonoor, Tamil Nadu hari ini, lapor media tempatan.
Helikopter IAF Mi-17V5 itu berlepas dari pangkalan tentera di Sulur ke Wellington, kata Tentera Udara India dalam kenyataan di Twitter.
Menteri Pertahanan Rajnath Singh telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Narendra Modi serta beberi taklimat kepada Parlimen.
Media melaporkan tiga individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital berdekatan, tetapi identiti mereka belum diketahui.
Seorang pegawai kanan tentera memberitahu operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan itu.
Jumlah penumpang yang terselamat atau terbunuh dalam nahas itu belum diketahui.
Rawat dilantik sebagai Ketua Staf pada 2019 Pertahanan pertama India, dengan tanggungjawab untuk tiga cabang perkhidmatan bersenjata negara itu.
Memetik laporan agensi berita Reuters, nahas itu mengorbankan empat individu dan pihak berkuasa masih menyiasat sama ada Rawat adalah salah seorang daripadanya.
Rawat dilaporkan dalam perjalanan ke Kolej Kakitangan Perkhidmatan Pertahanan di Wellington di negeri Tamil Nadu di India untuk menyampaikan syarahan. – Agensi