Individu pernah dijangkiti Covid-19 juga berisiko diserang varian Omicron

December 2, 2021 · Dunia

Penyelidik di Afrika Selatan hari ini mengesahkan individu yang pernah dijangkiti varian Covid-19 sebelum ini tidak akan kebal daripada serangan varian Omicron meskipun sudah divaksin lengkap.

Tetapi, Pakar di Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Anne von Gottberg memaklumkan suntikan vaksinasi dapat mencegah seseorang daripada dijangkiti Covid-19 daripada gejala yang lebih teruk atau mengurangkan risiko kematian.

“Kami yakin jangkitan sebelum ini tidak dapat memberi perlindungan dari dijangkiti varian Omicron, malah berdasarkan penyelidikan awal mengenai varian baharu itu, wujud peningkatan risiko jangkitan semula dari varian Omicron.

“Trend sama turut dilihat dalam model yang menyasarkan kes terhadap populasi secara keseluruhan dan kami percaya angka kes akan terus melonjak dengan pantas di semua wilayah serta seluruh dunia.

“Walaubagaimanapun, kami tetap percaya vaksin dapat memberi perlindungan kepada komplikasi yang serius, mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian,” jelasnya pada sidang media dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Afrika.

Seminggu lalu, varian baharu Covid-19 Omicron yang pertama kalinya dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mula ‘muncul’ dan merebak ke seluruh rantau Afrika berkenaan.

Justeru itu, pakar di WHO turut mengulangi desakan kepada negara dunia supaya mempertimbangkan perlaksanaan sekatan perjalanan terhadap negara di selatan Afrika.

Menurut seorang lagi pakar, Ambrose Talisuna menjelaskan sehingga kini, varian Omicron sudah pun menular di lebih puluhan negara dan punca penularannya masih tidak jelas.

“Afrika Selatan dan Botswana mengenal pasti varian itu dan kami tidak tahu asal usulnya,” jelasnya sambil menegaskan untuk menghukum pihak yang mengesan dan melaporkan adalah tidak adil.

Sejak pertengahan November lalu, Afrika Selatan dilapor mencatatkan jangkitan harian sekitar 300 kes namun sejak semalam, kes di negara itu melonjak tinggi dengan 8,561 kes baharu berbanding 4,373 kes semalam dan 2,273 kes pada Isnin lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok