SOP berhubung PRN Sarawak dimuktamad 30 Nov: Khairy

November 25, 2021 · Isu semasa

Prosedur operasi standard (SOP) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan dimuktamadkan pada 30 November ini, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata perbincangan berhubung garis panduan dan penyelarasan PRN Sarawak dikendalikan oleh Timbalannya, Datuk Aaron Ago Dagang yang syornya akan dibawa kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk dipertimbangkan.

“Saya telah mengadakan perbincangan tengah hari tadi dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan dengan SOP dan menugaskan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang untuk menyelaraskan perkara ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Ada beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi saya telah memberi masa sehingga 30 November sebelum dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dipetik laporan media.

Khairy terdahulu mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang I Penggal Ke-33 Tahun 2021-2022 di Seremban hari ini.

PRN Sarawak Ke-12 akan diadakan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 6 Disember.

Sementara itu, mengulas mengenai isu melibatkan doktor kontrak, Khairy memberitahu beliau akan membawa satu memorandum kepada jemaah menteri bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya akan membawa satu memorandum kepada jemaah menteri dalam masa yang terdekat. Saya akan melihat kepada penyelesaian bagi jangka pendek dan jangka panjang.

Kami mengharapkan bahawa ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan isu berkenaan. Kesemua aspek akan diteliti sebelum menyerapkan mereka ke lantikan tetap,” kata beliau.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok