Nahas pesawat Hawk: Kapten Affendi meninggal, Mejar Fareez cedera

November 17, 2021 · Isu semasa

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan identiti dua juruterbangnya yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi berpangkat Mejar dan Kapten.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan memaklumkan dua juruterbang berkenaan dikenali sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.

Menurut kenyataan itu, Mohamad Affendi meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez cedera dan berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih. TUDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan insiden ini,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan tengah malam tadi.

TUDM berkata nahas di Pangkalan Udara Butterworth, itu berlaku kira-kira jam 10.07 malam pada Selasa ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan TUDM menjalankan siasatan terperinci susulan insiden itu.

Beliau berkata insiden tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad menerusi panggilan telefon.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan cedera…amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera,” kongsi Hishammuddin menerusi ciapan Twitter, tengah malam ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan telah diarahkan untuk menyalurkan keperluan kepada kedua-dua anggota yang terbabit dalam insiden tersebut.

Berita berkaitan
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
SPR umum PRK Pelangai pada 7 Oktober
August 24, 2023· Politik
Notis kekosongan DUN Pelangai diserah kepada SPR
August 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok